Monday, September 12, 2011

wat keje org lg

lagi2 nak tlg org wat keje. ntah ape sial proje manager aku. asal duk bwh die je nal benti. asal duk je benti la makhluk tu. mungkin prangai ngn mulut die macam sial kot.. haha sedap je aku ngutuk org.. hahaha. ape pun aku kene tabah.. nak cari experience. sabar badak sabar..

Saturday, September 3, 2011

tazkirah subuh ( Bila Al Quran Mula Bersuara )

Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali, sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian, kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...

Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku


Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

Pengendalian Tatatertib Dan Akta 174

Pengendalian Tatatertib Pelajar UiTM

Unit Tatatertib Pelajar
  • Bertanggungjawab menguatkuasakan peraturan yang termaktub dalam Akta 174 dan semua peraturan UiTM
  • Bertujuan mengawal disiplin dan sahsiah pelajar
  • Turut merangka dan melaksana program pendidikan dan pencegahan serta isu semasa kepada semua pelajar
  • Sebagai ahli Majlis Tatatertib dan Disiplin, Universiti Malaysia (MATDUM)
  • Fungsi:
  1. Menjaga nama baik dan kesentosaan UiTM
  2. Mempertahankan undang-undang bertulis seperti yang diperuntukan untuk UiTM dan pelajar
  3. Selaku penasihat mengenai isu dan perkara mengenai perundangan
Akta 174
  • Mula berkuatkuasa pada tahun 1976
  • Mempunyai 7 bahagian
  • Pihak Berkuasa Tatatertib- Naib Canselor/Pengarah Kampus
  • Boleh menurunkan kuasa kepada mana-mana kakitangan UiTM
Lembaga Tatatertib UiTM
  • Dilantik oleh Naib Canselor/ Pengarah Kampus secara penurunan kuasa
  • Pengerusi Timbalan Naib Canselor HEPA / Timbalan Pengarah HEPA
  • Boleh mendengar semua kes tatatertib dan menjatuhkan hukuman mengikut Kaedah 46 Akta 174
  • Lembaga Tatatertib ditubuhkan atas lantikan daripada Naib Canselor atau Pengarah Kampus
Penurunan Kuasa

Di UiTM, Naib Canselor atau Pengarah Kampus telah membuat penurunan kuasa untuk menubuhkan 3 Panel Lembaga Tatatertib seperti berikut:
(i) Lembaga Tatatertib Universiti – Dipengerusikan oleh TNC HEPA
(ii) Lembaga Tatatertib Fakulti – Dipengerusikan oleh Dekan Fakulti
(iii) Lembaga Tatatertib Kolej Kediaman – Dipengerusikan oleh Pengetua Kolej
Kesalahan-kesalahan
  • Seksyen 10 – Pelajar dilarang bersekutu dengan mana-mana persatuan/parti/ kecuali dibenarkan oleh Menteri (termasuk simpati/bangkangan/sokongan)
  • Seksyen 11 – Pelajar dilarang membuat kutipan wang melainkan mendapat kebenaran Menteri
  • Seksyen 14 – Penggantungan automatik pelajar yang dituduh di mana-mana mahkamah (hukuman: denda RM1,000 dan penjara tidak lebih 6 bulan atau kedua-duanya)
Kuasa Menteri
Seksyen 15 – Menteri Pengajian Tinggi boleh menyingkir/menggantung pengajian mana-mana pelajar atas kepentingan universiti
Kaedah Tatatertib Pelajar, Akta 174
  • Kaedah 3 : Larangan am
(a) Menjejaskan nama baik UiTM
(b) Melanggar undang-undang bertulis luar atau dalam kampus
(c) Menganggu/mengendalakan semua aktiviti akademik
(d) Menghalang tugas kakitangan UiTM
(e) Menghalang pelajar lain mengikuti kuliah/tutorial
(f) Memboikot kelas/aktiviti rasmi UiTM
(g) Melakukan kerosakan terhadap harta benda UiTM (vandalisme)
(h) Mengalih harta benda UiTM bertujuan memudaratkan orang lain
(i) Engkar arahan pegawai perpustakaan
(j) Membawa masuk nota yang tidak dibenarkan ke dalam bilik peperiksaan semasa peperiksaan
(k) Berhubung dengan pelajar lain semasa peperiksaan
  • Kaedah 4 – Pelajar wajib hadir kuliah
  • Kaedah 5 – Pelajar mesti menduduki peperiksaan
  • Kaedah 6 – Sekatan teks kuliah
  • Kaedah 7 – Larangan mengadakan perhimpunan
  • Kaedah 8 – Larangan memiliki/guna pembesar suara
  • Kaedah 9 – Larangan memiliki/guna plakad/panji
  • Kaedah 10 – Larangan menerbitkan dokumen
  • Kaedah 11 – Aktiviti luaran/dalaman mesti mendapat kebenaran Naib Canselor/ Pengarah
  • Kaedah 12 – Pelajar dilarang bekerja semasa belajar
  • Kaedah 13 – Larangan membuat kenyataan akhbar
  • Kaedah 15 – Larangan berjudi
  • Kaedah 16 – Dilarang minum arak
  • Kaedah 17 – Larangan memiliki bahan lucah
  • Kaedah 18 – Larangan menggunakan dadah/racun
  • Kaedah 19 – Pelajar mesti menjaga kebersihan
  • Kaedah 20 – Dilarang membuat bising
  • Kaedah 21 – Larangan tidur selain di asrama
  • Kaedah 23 – Semua pelajar mesti memakai kad matriks semasa di kampus
  • Kaedah 24- Engkar arahan merupakan satu kesalahan
  1. Tatatertib Asrama diperuntukan di bawah Kaedah 25-32, Akta 174.
  2. Tatatertib lalulintas – boleh dikompaun secara terus oleh kakitangan keselamatan maksimum RM 25.00
Hukuman Tatatertib
Kaedah 46 Akta 174
  • Amaran
  • Denda tidak lebih RM200
  • Penggantungan pengajian
  • Pengeksklusian daripada UiTM
  • Dibuang daripada UiTM
Kaedah 48 – Tidak hadir perbicaraan, akan digantung secara automatis
Kaedah 65 – Rayuan
Mesti dibuat dalam masa 5 hari selepas tarikh keputusan melalui Naib Canselor kepada Menteri Pengajian Tinggi dan keputusan Menteri adalah muktamad.
Prosidur Perbicaraan
  • Laporan kesalahan diterima daripada pihak selamatan, staf UiTM dan orang awam
  • Surat tuduhan disediakan yang mengandungi butir-butir peribadi dan kesalahan yang dilakukan
  • Pastikan surat tuduhan mematuhi masa yang munasabah (dicadangkan 7 hari/14 hari)
  • Gunakan surat berdaftar jika perlu terutama melibatkan pelajar yang tinggal di luar (kes-kes berat sahaja)
Hari Perbicaan
  • Pelajar dipanggil ke bilik perbicaraan sepertimana yang ditetapkan dalam surat tuduhan
  • Setiausaha Lembaga Tatatertib membacakan tuduhan dan butir-butir berkaitan
  • Pelajar ditanya samada faham dengan tuduhan atau sebaliknya
  • Pengerusi meminta pelajar membuat pengakuan samada bersalah atau tidak bersalah
Kesan / Akibat Pengakuan
Mengaku Salah:
  • Mengaku Salah: Maka fakta kes perlu diterangkan kepada pelajar kena tuduh (PKT) dan minta PKT mengakui kebenaran fakta kes tersebut.
  • Jika fakta kes diakui:
  1. Umumkan PKT bersalah atas kesalahan
  2. Minta PKT membuat mitigasi
  3. Jatuhkan hukuman menurut Kaedah 46
  • Tidak mengaku salah:
  1. Mengaku tidak bersalah
  2. Enggan membuat pengakuan
  3. Tidak mengaku kebenaran fakta kes
  • Oleh itu Lembaga Tatatertib mestilah:
  1. Memeriksa saksi-saksi atau dokumen yang menyokong kes terhadap PKT
  2. Beri peluang PKT soal saksi dan periksa dokumen
  3. Memeriksa semula saksi

  • Jika didapati tiada kes untuk dijawab oleh PKT- dibebaskan.
  • Jika didapati ada kes untuk dijawab, PKT akan diminta memberikan keterangannya.
  • PKT diberi peluang memberikan keterangan atau panggil saksi atau kemukakan dokumen.
  • PBT boleh soal PKT atau saksi PKT atau periksa mana-mana dokumen.
  • PKT boleh periksa semula saksi-saksinya.
  • PBT boleh soal atau panggil semula mana-mana saksi, bila-bila masa sebelum keputusan diumumkan.
Keputusan Perbicaraan
Kaedah 54 – Selepas mendengar saksi-saksi dan memeriksan dokumen yang dikemukakan, PBT mestilah mengumumkan keputusannya.
Jika PKT bersalah:
  1. Minta PKT buat mitigasi
  2. Selepas itu jatuhkan hukuman menurut Kaedah 46
Jika PKT tidak bersalah, mestilah dibebaskan
Jagaan dan Pelupusan Barang Kes
  • Kaedah 56 – Dalam masa perbicaraan, PBT boleh perintahkan seseorang yang ditentukan untuk menyimpan apa-apa dokumen atau artikel yang dikemukakan sementara menanti tamatnya prosiding tatatertib.
  • Tamat perbicaraan – membuat apa-apa perintah yang patut untuk lupuskan barang kes itu secara serta merta atau seperti mana yang ditetapkan.
  • Termasuk memerintahkan pemusnahan atau pelucutanhak mana-mana dokumen atau artikel.
Nota Prosiding
  • Kaedah 57 – PBT mestilah membuat nota-nota bertulis mengenai prosiding tatatertib, tetapi nota itu tidak perlu dibuat sepatah demi sepatah.
  • Kaedah 58 - Menyimpan Nota – dalam jagaan Naib Canselor.
Tanggungjawab Naib Canselor
  • Kaedah 59 – Merekodkan nama PKT, butir-butir kesalahannya, kemajuan perjalanan prosiding dan keputusan prosiding.
  • Kaedah 61 – Laporan prosiding dihantar kepada Y.B. Menteri, penaja dan Ketua Jabatan pelajar (bagi penjawat awam)
  • Kaedah 60 (2) - Bayaran tidak lebih RM50.00 dikenakan jika ibubapa, pihak berkuasa atau penaja berkehendakan salinan minit prosiding itu.
  • Kaedah 61 - Hukuman denda mesti nyatakan tempoh bayaran dan dibayar kepada Bendahari.
  • Kaedah 62 – Tak bayar denda dalam tempoh yang ditetapkan, pelajar hendaklah serta merta digantung sebagai pelajar dan tidak boleh berada atau memasuki kampus.
  • Kaedah 63 - Perintah Membayar Pampasan
Sebagai tambahan kepada Kaedah 46.
(i) Berkenaan kerosakan harta/ kerugian/ kecederaan kepada mana-mana orang.
(ii) Amaun pampasan mestilah adil dan munasabah.
(iii) Bayar kepada Bendahari selaku stakeholder.
Siapa Yang Boleh Hadir Dalam Prosiding Tatatertib?
Kaedah 64
  1. Anggota PBT
  2. Pelajar Kena Tuduh
  3. Ibu Bapa PKT
  4. Saksi semasa dia memberi keterangan.
  5. Mana-mana orang lain dengan kebenaran PBT atas sebab khas.
Rayuan
  • Kaedah 65 (1) - PKT boleh memberi 2 salinan notis rayuan secara bertulis kepada Naib Canselor dalam masa 5 hari dari tarikh keputusan.
  • Kaedah 66 - Naib Canselor akan kemukakan notis rayuan kepada Y.B. Menteri bersama satu salinan nota prosiding tatatertib dan alasan keputusan.
  • Kaedah 67 - Menteri boleh terus menolak rayuan tersebut di bawah Seksyen 5 (4) atau melantik satu jawatankuasa di bawah Seksyen 5 (5) untuk menimbangkan rayuan pelajar dan mengemukakan syor kepada Menteri.
  • Kaedah 68 – Sesuatu rayuan tidak berkuatkuasa sebagai menggantung pelaksanaan hukuman atau pembayaran apa-apa pampasan yang diperintahkan dibayar melainkan Naib Canselor atau Y.B. Menteri mengarahkan sebaliknya.
Faktor Perbezaan Hukuman
Seringkali berbangkit isu mengenai hukuman yang berbeza walaupun atas kesalahan yang sama.
Beberapa faktor dikenalpasti:
  1. Apabila semakan semula hukuman tatatertib dibuat oleh Naib Canselor.
  2. Latar belakang Pelajar Kena Tuduh (PKT) seperti berada di semester akhir, kelakuan baik dsb.
  3. Faktor dan keadaan kes. Setiap kes adalah berbeza dari segi faktanya. Jadi kemungkinan hukuman yang berbeza berlaku atas faktor ini walau pun atas kesalahan yang sama.
Sumber: Unit Tatatertib Hal Ehwal Pelajar & Alumni UiTM